Syarat & Peraturan Tulip Hijau Homestay & Guest House
Bayaran & Deposit Keselamatan
- Anda telah membuat pembayaran penuh Bersama deposit keselamatan sebanyak RM100.
- Pihak pengurusan berhak menuntut tambahan deposit keselamatan sekiranya perlu dan tertakluk kepada budibicara.
- Deposit akan dikembalikan dalam tempoh 7 hari bekerja setelah pihak pengurusan membuat semakan kerosakan atau kehilangan atas fasiliti yang disediakan.
- Deposit akan ditolak mengikut harga yang telah ditetapkan bagi setiap barang dan fasiliti yang rosak atau hilang
- Deposit juga boleh ditolak atas peraturan dan syarat yang dilanggar
Pindaan Tarikh & Pembatalan
- Pelanggan boleh membuat pindaan tarikh tanpa apa-apa caj dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh check-in.
- Pelanggan TIDAK DIBENARKAN membuat pembatalan dengan apa-apa sebab sekalipun, namun boleh menunda ke tarikh yang baru mengikut kekosongan. Jika pindaan tarikh dilakukan kurang dari 7 hari, caj pengurusan sebanyak RM50 dikenakan.
Daftar Masuk & Daftar Keluar (Check-In & Check-Out)
- Waktu Daftar Masuk (Check-In) adalah pada Pukul 3.00 petang dan Daftar Keluar (Check-Out) pukul 12.00 tengah hari
- Jika Check-out melebihi jam 12 tengahari, penghuni dikenakan caj sebanyak RM50 untuk setiap 30 minit dan tertakluk kepada budibicara pihak pengurusan.
- Kerjasama tetamu amatlah dihargai bagi memberi laluan kepada kerja pembersihan dan sanitasi untuk menerima tetamu yang akan datang.
Memasak
- Penghuni dibenarkan memasak menggunakan peralatan dapur yang disediakan. Kerjasama agar menjaga kebersihan dan kelengkapan disimpan seperti asal selepas dibersihkan.
- Caj pembersihan tambahan sebanyak RM50 akan dikenakan jika didapati dapur ditinggalkan dalam keadaan kotor melalui penolakan deposit.
Bilangan Tetamu
- Jumlah had MAKSIMUM bilangan penghuni keseluruhan adalah seramai 15 orang termasuk dewasa dan kanak-kanak.
- Jika didapati bilangan melebihi kapasiti yang ditetapkan, keseluruhan deposit keselamatan RM100 tidak akan dipulangkan dan tertakluk kepada budibicara pihak pengurusan.
- Pihak pengurusan senantiasa memantau kemasukan penghuni melalui CCTV yang dipasang
- Tetamu selain yang menginap tidak dibenarkan melainkan mendapat kebenaran daripada pihak kami.
- Kadar RM10/seorang akan dikenakan bagi setiap tetamu dan tertakluk kepada budibicara pihak pengurusan.
Penganjuran Majlis
- Tiada penganjuran majlis diadakan di premis melainkan mendapat kebenaran daripada pihak kami.
- Kadar Surcharge untuk sebarang majlis adalah minima RM200 dan tertakluk kepada budibicara pihak pengurusan.
Tempat Letak Kereta
- Bilangan maksimum kenderaan adalah sebanyak 3 buah sahaja.
- Pelanggan mesti menyusun kenderaan di tempat letak kereta dengan cara yang betul supaya tidak menghalang laluan utama.
- Dilarang menghalang atau meletakkan kenderaan di ruangan kediaman yang lain.
- Keselamatan kenderaan yang diletakkan adalah tanggungjawab sendiri. Kami tidak akan bertanggungjawab jika berlaku apa-apa bentuk kerugian.
Keselamatan Penghuni
- Keselamatan semua tetamu adalah di bawah tanggungjawab sendiri
- Kami tidak bertanggungjawab atas kerugian, kecurian, kecederaan atau kematian sebelum, semasa dan selepas menginap di sini
Larangan Keras
- Kami MENGUTAMAKAN penghuni yang beragama ISLAM sahaja terdiri dari keluarga dan pasangan mahram sahaja. Bagi memastikan kebersihan dan kesucian kawasan ini.
- Tidak dibenarkan membawa minuman keras / beralkohol dan apa-apa jenis dadah yang menyalahi undang-undang.
- Tidak dibenarkan melakukan perbuatan ZINA & MAKSIAT ketika berada disini.
- Tidak dibenarkan membawa makanan yang haram dan najis di sisi undang-undang agama Islam.
- Tidak dibenarkan melakukan apa-apa bentuk kesalahan mengikut undang-undang negara ketika berada disini.
- Jika pihak pengurusan menerima aduan berserta bukti, kami akan laporkan kepada pihak berkuasa.
Segala SYARAT & PERATURAN INI ditetapkan untuk memberi keselesaan kepada sekalian penghuni yang bakal menghuni disini. Kami percaya penghuni Tulip Hijau Homestay & Guest House adalah mereka yang memahami aspirasi dan semangat kami. Terima Kasih kerana menyokong kami.
